Kelas Asas ICT (Microsoft Word)

29 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 28 Oktober 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Ict bersama pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini disertai 16 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Kelas ini diadakan bagi membekalkan kemahiran Ict dalam kalangan pelajar Giatmara Lubok Antu. Dalam kelas ini, peserta telah diajar cara menghasilkan surat rasmi.

Peserta juga telah digalakkan untuk memanfaatkan fungsi ribbon yang terdapat dalam Microsoft Word untuk menghasilkan surat rasmi. Para peserta telah didedahkan dengan fungsi insert seperti online picture, table dan text box. Di samping itu, peserta juga telah diajar cara menghasilkan header, menukar size dan font tulisan. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan ceramah Klik Dengan Bijak dan tayangan video Buli Siber.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan Tayangan Video KDB
2. Pengenalan kepada MS Word
3. Latihan Menghasilkan Surat Rasmi Menggunakan MS Word
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali